Monday 26 September 2016

Life di KMNS

          26 September 2016, Isnin. Ini merupakan kali pertama aku menulis blog. Ni pun sebab belajar buat blog dalam kelas amali sains komputer. Mula-mula memang tak tau nak cerita apa tapi cikgu kata buat je la life di KMNS ni. Kalau ikutkan aku masuk KMNS ni 6 Jun 2016, Isnin, dah 3 bulan duduk dekat sini.

          First day, time hari pendaftaran tu takut la sikit sebab tak pernah duduk asrama, tau-tau je dapat masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Mula-mula ingatkan tak nak masuk sini sebab tenggah tunggu result UPU. Last sekali, dapat dekat Uitm Terengganu. Lagi jauh dari rumah, jadi terpaksala la masuk sini. Time pendaftaran tu kita kene urus sendiri, parent tak ade nak tolong, so time tu macam takut la jugat sebab tak pernah buat kerja yang pasal pendaftaran ni sendiri, selama ni kalau dekat sekolah rendah and menengah semua parent ada. jadi terpaksa la berdikari time tu nak pergi mana-mana pun. Lagi-lagi time kene buat kad matrik, dia suruh pergi library. Dah la first time dekat situ, jadi ikut je la orang lain pegi mana kesitu la aku peg, library dia agak jauh maklumlah pendatang asing, tempat tak tau memang la kata jauh, 2-3 minggu lepas tu nanti dekat la dia. After buat kad matrik tu, pegi la check bilik dapat bilik tingkat 3!!! hujung sekali pulak tu. Seriously, nak kene naik turun  tangga setiap hari. Time ni dah start takut gila, rasa nak balik rumah je, tapi my parent said "it's only for 1 year". Jadi tabahkan je la hati tu.

          Next day, time ni minggu orientasi plus bulan puasa, abang dgn akak fessi semua kejut sahur dalam pukul 4 pagi!!!. Punya la bising. Time tu terus bangun, mandi and then sahur dalam bilik je. Orang lain pegi kafe beli makanan, tapi rase macam malasnya nak beratur panjang. Jadi sahurje la dgn 2 biji kurma dengan air mineral, ikut sunnah la katakan. Lepas tu semua kene pegi surau, Subuh berjemmah. Lepas tu start la aktiviti-aktivitinya.

          Dah lama kemudian, sekarang dah rasa okay sikit la dengan cara pembelajaran dekat sini. Even, dia punya dewan kuliah, blok tutor, makmal sains jauh dengan blok kediaman bagi pelajar yang menetap di blok B dan C. Still survive lagi sampai sekarang.  Walaupun jauh daripada rumah, kira dah boleh adept la dengan suasana dekat sini. Kecuali cuaca dia, tengah hari memang panas la, kalau sidai baju, tak sampai satu jam dah kering. Tapi sekarang ni kira boleh tolerate la dengan cuaca lagi. Rasanya tu je yang boleh diceritakan sekarang, sebab dah habis idea dah apa nak tulis dekat sini. Ni pun testing je, first time tulis blog. But overall, okay la duduk sini tak la sengsara sangat.

No comments:

Post a Comment